BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, March 21, 2010

SMS OH.. SMS...

TERPAKSA DI BEDAH KERANA SMS...

LEVITZ memakai pendakap tangan selepas menghantar lebih 100 mesej khidmat pesanan ringkas sehari.

CHICAGO - Seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah di Lincolnshire, Illinois, Amerika Syarikat (AS), Annie Levitz bakal menjalani pembedahan di kedua-dua pergelangan tangannya selepas dia menghantar lebih 100 khidmat pesanan ringkas (SMS) sehari dari telefon bimbitnya, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Levitz yang berusia 16 tahun hilang deria rasa pada kedua-dua tangannya dan dia tidak boleh mengangkat barang-barang tertentu akibat terlampau aktif menghantar SMS.

Dia perlu memakai pendakap tangan dan mendapatkan suntikan penahan sakit.

Doktor menyatakan Annie mengalami sindrom carpal tunnel.

Sindrom itu sering dikaitkan dengan penggunaan komputer yang kerap.

"Ia (sindrom itu) bermula apabila tangan saya berasa kebas. Saya kemudian cuba mengangkat pinggan tetapi ia jatuh," katanya.

Namun, dia masih perlu menjalani pembedahan bagi memulihkan penyakitnya itu.

Seorang pakar reumatologi, Dr. Sofia Aksentijevich berkata, sindrom itu jarang berlaku pada pesakit muda tetapi ia bukan kes yang unik.


kata-kata dari penulis.....

1) kisah di atas pastinya bukan saja berlaku di negara- negara maju... yang mana setiap penduduknya mampu di nisbahkan sebagai memiliki 2 buah telefon bimbit setiap seorang...

2) di negara malaysia kita yang tercinta ini juga.... fenomena nya kekal malar. sehingga tahun 2008 sahaja.... secara puratanya.... lebih 19 juta daripada 27 juta rakyat malaysia memiliki telefon bimbit... yang mempunyai fungsi dominan nya yang tersendiri iaitu menghantar khidmat pesanan ringkas.. (SMS)....

3) Preskripsi awalan ini membawa konotasi yang cukup signifikan dalam tabiat saya iaitu memerhati tindakan-tindakan manusia di sekeliling saya. 20 tahun saya melangkah di muka bumi Allah ini, saya telah dipertemukan dengan seorang teman...

3) Beliau seorang lelaki... Sebagaimana seperti yang telah disurahkan dalam takdir Tuhan... beliau dihadiahkan cinta oleh Allah.... Seorang pasangan yang...... not bad la....

4) ceritanya apa.......

5)Beliau juga begitu mencintai Handphonenya.. kemana pun.... kekal dalam genggaman.... kerana... Beliau tidak boleh lari dari menghantar sms... (adekah beliau sedarah dengan annie levitz diatas... rasanya tidak.... rupa fizikal nya jelas membuktikan sangkaan saya meleset)

6) Namun.... cinta beliau terhadap sms tidak hanya terbatas dalam lingkaran kotak inbox nya sahaja.... bahkan menjangkaui kotak inbox teman-temannya yang lain... (yang kadang kala telah di klasifikasikan sebagai privasi peribadi). TETAPI..... beliau begitu berwaspasda sekiranya kotak inbox nye ingin diperhalusi oleh teman- teman walhal hanya di jeling sekalipun.... sekiranya ade teman- teman yang ingin menerobos masuk.... hasilnya pastilah.... sori de....

7)Itulah sikapnya.... bisa membakar hati teman-teman.... bahkan mengundang fitnah cemburu dalam hubungan beliau dan takdir cintanya...

8)menariknya... satu saat... beliau pernah mendedahkan bahawa.... kedua ibu jari tangannya kejang ekoran terlalu kerap menaip sms... namun... semangat untuk menulis sms dalam jiwanya kekal menebal... Oleh itu... teknik baru dalam menaip mesej telah berjaya beliau implikasikan... Handphone diletak diatas meja... dan kedua jari telunjuknya menaip lancar diatas pad handphone.... persis keyboard komputer dekstop...... hehehe.... sungguh inovatif.... alhamdulillah... mujur beliau tidak sampai berkejar ke hospital untuk dibedah.... bahana cinta sms nya..... Moral dari cerita ini.... sms lah... namun.... jangan terlepas pandang.... akan musibah nya..... sama seperti sebilah pisau.... aman praktikal untuk memotong sayuran.... namun bisa tersilap langkah mengelar nyawa orang lain........ wasalam.....

0 suara rakyat:

Followers